SUKAN KOLEJ UPM ANJURAN KOLEJ EMPAT BELAS
PENGALAMAN MENJADI JURUGAMBAR
Pada 16 November 2019, saya telah menyertai AJK Memanah bagi perlawanan memanah antara kolej UPM anjuran Kolej 14. Saya ditugaskan untuk menjadi AJK Publisiti yang mana saya telahdiarahkan untuk mengambil gambar perlawanan untuk dimasukkan dalam laporan.
Menjadi AJK Publisiti merupakan pengalaman pertama saya. Sebelum ini saya tidak pernah memegang kamera dan menjadi jurugambar untuk sesuatu aktiviti atau majlis. Hal ini sedikit mendebarkan saya kerana saya perlu berani untuk tampil di hadapan khalayak ramai dan penonton bagi menangkap gambar mereka, para peserta pemanah khususnya. Pada mulanya saya akan kekok dan tertekan kerana sering ditegur oleh juri kerana memasuki sesuatu kawasan tanpa kebenaran. Bagi saya, kawasan yang saya masuki masih selamat lagi untuk diambil gambar kerana saya pun tahu untuk jaga keselamatan saya apabila peserta sedang memanah (masih diluar garisan). Mana mungkin saya relakan diri saya untuk dipanah. Tapi saya tetap akur dengan arahan juri. Saya akan meminta atau menunggu arahan daripada mereka untuk saya mengambil gambar ketika perlawanan berlangsung.
Akhirnya saya sudah tidak kekok lagi untuk mengambil gambar sepanjang perlawanan yang berlangsung sebanyak 32 pusingan. Saya mula dapat biasakan diri dengan situasi perlawanan dan reti mengambil peluang bila waktu sesuai saya dapat merakam aksi pelajar dengan gaya terbaik.
Pengalaman ini mengajar saya banyak perkara :
1) Belajar teknik pengambaran yang sempurna
2) Belajar bersabar dan taat kepada arahan orang atasan
3) Berani dalam menjalankan tanggungjawab
4) Mengasah bakat saya
Saya harap dapat menjadi jurugambar untuk sesuatu progrm untuk lain kali supaya saya dapat meningkatkan kemahiran dan teknik mengambil gambar :)https://bukudiariaidashari.blogspot.com/